Thursday 22 March 2012

kawen kawen kawen

hai blog yg ku cinta..dah lama gila kowt atin x menconteng dekat atas blog atin yg super HUDUSSS ni
bukan apa..
mlas nk mengarang
atin bkn nya rajin sgt nk menaip bagai ni
means bukan BLOGGER yg tegar la

actually byk jer cter nk cter..tapi 2 laa, mlam ni baru ada chance utk atin tekan2 keyboard atin ni..hehe

ok2..dah puas dah berleter tehn kita tgok tajuk entry atin
wowww
kawen 2..
gatai lah hang ni fatin, bak kata owg KEDAH..
hehe
bukan gatal, tapi ada kisah di sebalik nya


camni camni camni
alkisah bermula lah 1 cerita di mana time 2 atin tengah menunggu CIK ZUL MKT msuk ke klas MARKETING yg atin amik
so, nak di jadikan citer, atin duduk sebelah 1 of my senior..
pompuan k...
dya ni dah kawen, bwu je kawen bulan 12 ari 2...
umo dya pown dlam 24 25 something cam 2 laa

nk taw pe soalan 1st yg atin tnya dya after dya duk sebelah atin..
jeng jeng jeng....

akak, akak dah mengandung ye????
GILOSSSS berani ko ni atin..
meh tangkap muat je tanya soalan di mluar alam macam 2..hehe
hehehe

tapi normal lah kan, klu dah kawen mesti akan mengandung kn..
kn kn kn??hehehe

so, soalan di luar tabie atin 2 pown di jawab lah oleh my senior, dya kata, 
a'a, akak dah mengandung..
dalam 2 MINGGU, 3 MINGGU or 4 MINGGU cam 2 lah KOWTTT
nk taw x kenapa kowt, sebab, my senior x sempat kira..
hehehe

atin bertambah2 lah excited nak tnya lagi, akak x mengidam pe2 kew kak??kan anak 1st..
then my senior pown bgtaw la..
xde la nk mengidam sgt, slalu nya rasa nk mkn mnda2 yg slalu org mkn je, 
xde la mnda2 yg kena redah 1 malaysia ni nk cari..
 tapi akak cepat letih skunk ni, my senior cakap, after klas je mesti dya akan tdo smpay dekat2 nak magrib

klu pagi2 pown, nk bgun 2 pown susah
pantang letak badan balik je, mesti nk terlelap balik
cian my senior
tapi selalu nya macam 2 la, 4 PREGNANT WOMAN symptom2 cam 2 mcm biasa laa..
akan di alami oleh semua..

pas 2 atin tnya lagi, akak x tkowt kew kena EXTEND nanti, ye la, kn beranak mesti la kena BERPANTANG kn??

my senior pown gtaw la, actually dya xnk baby 2..lgpown blom ada nyawa lagi kan..juz seketul daging..lgpoiwn dya pown still study lagi, so agak susah la..dya terpikir cam 2 bila dya kira2 secara rambang, dya delivered BABY time FINAL exam ktorg...so, sure2 laa kena EXTEND 1 YEAR..

2 yg my senior nk buang 2..lgpown not redy yet..mmg la mereka merancang tapi dah TUHAN bagi REZEKI kan..

TAPIII

after dat my senior tgok balik COURSE PLAN n kira balik elok2 semua then rupanya, dya delivered BABY xde la time FINAL exam pown, tapi juz time TEST je lah..

n dya dah tnya dekat doktor yg klinik dya pergi, 
CUTI BERPANTANG for pharmacy n medic students is only 2 WEEKS, means 2 MINNGU je beb..
dgn sakit2 nya nak kena mai kelas lak cam biasa...

seyesly, byk dugaan gilaaa..
t pagi2 nak hantar anak g tempat pengasuh lagi, dgn nk rushing nk g kelas lagi , nak wat breakfast utk suami lagi...
banyak sgt TANGGUNGJAWAB

tapi bila atin dgar my senior cter, jadi GERUN lak nk kawen...
hehehe

pas 2 kan..atin tanya lagi..
akak..yg mana bez lagi bagi akak, idup KAWEN kew X KAWEN??

pas 2 my senior pown cakap la..
mesti laa bez lagi kawen..
klu dulu, g keluar DATE hujung minggu, dah dekat pukul 7 dah kalut nak balik umah
pas 2 dah la berdosa 1 hal kan
tapi
skunk ni, yg bezzz nya..bila bila masa je boleh keluar
even kadang2 sampai kul 2 3 pagi bwu balik
xyah nak rasa bersalah kew apa kew
bezz je

tapi
klu x kawen banyak masa kuar dgn kawan2..bak kata my senior..dalam masa yg sama study 2 kurang
bila dya kawen dya lebih focus on study coz jarang kuar dgn kwan2..


AND

1 LAGI MY STORY
diz girlzz saya tnya dekat dya pagi tadi jugak time kelas PHARMACEUTICAL ANALYSIS
kn atin dgar ramai sgt pasangan yg pregnant so atin teringin laa nk tnya dekat dya
lgpown dya ni jenis senyap ckit
so spe2 pown x dapat nk TRACE whether dya mengandung OR X..

ATIN NI FESYEN BERANI TERLEBIH N XTAW MALU CKIT
dya dah duk depan atin, so apa lagi
hehehe
mulakan strategi,,hehehe
mengada lah kau ni atin..hahaha


yg kes ni lak, dya x ngandung coz merancang, dya cakap maybe final year dekat2 nk grade bwu nk mengandung kowt coz tkowt kena extand..
pas 2 atin tnya la..
suami awak, DOKTOR kn??

a'a..pas 2 awak x kena tggal kew time dya on call..pas 2 my fren pown cakap la..a'a, slalu lajugak..pas 2 kena la duk sowg2..
atin tnya lagi, x tkowt kew??
dya cakap TKOWT, so kdg2 g tido umah mmbr2 if suami dya kena keja time on call..

hmmm
macam2 crita atin dapat dari mulut org2 n fren2 atin yg dah kawen...
TANGGUNGJAWAB 2 terlalu berat..
bukan sekadar hanya di mulut..
hanya sekadar melafazkan akad tapi KESABARAN, KEIKHLASAN, TANGGUNGJAWAB,
KESETIAAN dan KEJUJURAN itu amatlah penting dalam hubungan berumah tangga..

BUKAN SENANG NAK KAWEN
AND BUKAN NAK KAWEN SENANG,,
haha..atin dah jadi keling..apa daa..t lah atin tulis lagi yee
byk cter ni..tapi dah ngantuk..kbai

kepada sesiapa yg bernama LELAKI

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.

Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya


Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Monday 19 March 2012

hitam putih kehidupan

Hitam Putih Masa Depan

Artist: Sheila Majid
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
ada some1 tujukan lagu ni dekat atin...
tapi dya post kan lagu ni dkat wall pkwe atin sebab dya x fren ngan atin..tapi bkn slah dya, dya x fren ngan..it is bcoz atin yg x approve fren request dya..
he said suh atin cari meaning in dat song..so atin pown g lah wall pkwe atin n bukak vbideo yg dya post 2..actually atin cam confius ngan dya..spe dya sbnar nya..n until now i still confuse, who is he...
hmm, xnak cter byk2 n xnk dedah spe2 nyer aib sbab atin bkn org cam 2..so i think, ckup kowt stakat ni atin merepek meraban...byeeee

bakal imamku seorang perwira

SUAMIMU SEORANG PERWIRA
(Khas buat isteriku yang tidak pernah memahami)


... Ketika bening zuhur tunduk
istana yang dibina dengan cinta
sumpah semati dan hidup - musnah


retaknya tak pernah dipinta
kehancuran tak pernah didoakan
hawaku yang tak pernah ingin untuk memahami


kehendak perkhidmatan yang memerlukan
tenaga, taat setia suami seorang perwira
masa, tenaganya dan tugasnya
adalah isteri pertama :


Lafaz nikahku
sebenarnya satu perikatan dengan amanah bangsa
jika kesabaran tidak bertapa di hati
syaitan berleluasa dengan busar iri


Ketahuilah isteri ku
tugas suami perwira tidak seperti seorang guru
pulangnya sudah tentu waktu


langkah pulang ke rumah suami perwira
tidak siapa tahu waktunya
adakala subuh telah jantan
adakala malam telah menyembunyikan kelamnya
ada kala senja tidak beremang
jika kau tidak sabar keseorangan
maka bahtera kita
mahligai kita akan goncang..


Fahamilah suasana suami perwira
masanya bukanlah untuk mu sentiasa
mungkin dirimu hanya tempat persinggahan sementara


dan mungkin juga sebagai memenuhi tuntutan agama
jika kau tidak sanggup ditinggalkan bila malam
mungkin lama mungkin lama


justeru janganlah belayar sekapal dengan suami perwira ;
kerana perjalananmu hanyalah satu perjudian
yang akan menewaskan kesabaran
dan kitalah mangsanya.


Nukilan:


Lt Kol Mohd Radzi Abd Hamid
MK Taktikal 15 RAMD
Airstrip, Terendak
30 Nov 03







ok...b4 dat nk mnx maaf coz dah berhabuk sgt sgt sgt lah blog atin ni..
dah lama gler kowt x jenguk diz blog sbab not in mood nk writing segala bagai ni..
tp rite after atin terjumpak sajak ni, trus je atin rasa nk post something dkat blog ni..cday sgt bla atin bca sajak ni.

bukan cikit pengorbanan isteri seorg perwira negara ni..
atin harap jika jodoh atin dgn pegawai kapten navy mohamad azizul bin rosli,
atin mohon supaya Allah berikan kekuatan pada atin utk hadapi semua 2..

KESABARAN 2 sgt pntg n atin hope, i can be one of it yg penuh dgn kesabaran..

ciap nangis lagi tadi baca diz sajak..
maybe org yg x pham n xde on dat place akan gelak bila tgok situation camni, tp not 4 me..
coz i'm in dat shoes rite now..

n almost a few month lagi,
my boyfie akan naik kapal selama 6 bulan..
so, i need 2 be TOUGH...




inilah mereka..perwira bangsa



beliau dekat skuad nya
SKUAD SKUAD SEDIA!!!!

Wednesday 14 March 2012

jiwa kacau

xtaw kenapa..
rasa penat dgn semua yg happen..
kenapa jadi camni..boleh x semua prob ni get out from my life..
pliz be kind 2 me
xde spe yg aku boleh mngadu
xde spe yg aku leh cter
xde spe yg boleh mendengar sgala
kecuali hanya dirimu ya Allah

apabila mentari petang berlabuh pergi
aku masih lagi di situ
menanti dan terus menanti
bilakah akan tiba saat itu
aku mahu menangis sepuas nya
tapi aku malu
malu pada org sekeliling ku
malu pada semuanya
lantas ku pendamkan semua nya di dalam lubuk hati ku
biar pown ia sakit dan tersirat
tapi x mungkin sesiapa pown dapat mendengar nya dan memahami nya
mungkin ada hikmah atas segalanya
aku percaya
percaya sat ari nanti akan ada rahmat buat diriku yang kerdil ini
ku harap semua nya masih belum terlambat lagi..........................................