Tuesday 16 October 2012

baju pengantin


assalamualaikum..

ok semua, aku sangat excited right now..sumpah aku jatuh cinta dengan baju pengantin yang pengantin perempuan tu pakai........naaakkkkk!!!



ala-ala gaun tetapi bukannya gaun sangat...even meleret-leret jatuh ke pasir, and boleh ganti makcik cleaner kalau pakai, tapi aku suka design ni....terjumpa dekat dalam facebook tadi...lawa sangat-sangat...

mohammad azizul bin rosli, i want this..please....
never say no...

-till then, fatin sharmira yang over-

erti sahabat pada pemikiranku

assalamualaikum

sesungguhnya jatuh berderai airmataku tatkala menulis tika ini...

sahabat adalah segla-galanya bagiku, dan kadag-kadang mungkin lebih rasa kasihnya berbanding sayang nya pada kekasih hati dan mungkin lain cara sayangnya..

di sini aku ada sebuah cerita..bukan cerita yang aku copy dari mana-mana page or web tapi cerita hati ini..rahsia hati ini, yang perlu ku singkap sebab hati ini sudah tidak punya kekuatan lagi...


suatu ketika dulu, ketika ku menuntut di salah sebuah sekolah berasrama penuh di negeri sembilan atau lebih specific lagi di seremban, aku punya seorang sahabat karib..kami berdua tidak berenggang semasa di tingkatan 4 sebab masing-masing dalam satu kelas yang sama, rumah yang sama, katil pown sebelah- sebelah..kalau keluar outing sekali, berceloteh sekali, susah senang bersama..dan mungkin kami pelajar baru semasa tingkatan 4 maka kami lebih akrab..

dia seorang pelajar yang bijak, additional math memang subjek favourite, and maintain A..even skunk dia further study dekat oversea for futher math...and top 10 batch...

namun, awan tak selalunya cerah, kadang-kadang membawa mendung dan kadang-kadang membawa hujan....begitulah kami..

semasa berada di tingkatan 5, kami terpisah, masing-masing berada di kelas yang berlainan..dan persahabatan kami bertambah renggang....masing-masing membawa haluan sendiri, dan yang pastinya aku terasa....dia seperti menyisihkan aku, mungkin tiada niat..tapi, hakikatnya aku terasa.....

aku mengambil jalan pintas, aku menyuarakan apa yang aku terasa pada dia, namun malang tidak berbau, benda yang ku sangkakan mudah bertambah rumit dan lebih buruk lagi menemui jalan buntu yang merosakkan lagi keadaan...


aku ingat lagi, tatkala itu, esoknya adalah paper trial spm ataupown paper exam spm sebenar..aku tak pasti, tapi malam itu sekali lagi aku bersuara, aku meminta maaf padanya sebab aku terasa dulu..tapi dia adalah dia, menangis aku meminta maaf pada dirinya, namun sekali lagi, keadaan bertambah buruk...dia dah tak bertegur sapa langsung denganku..airmata aku mungkin tidak layak baginya untuk kemaafan itu...


aku sayangkan persahabatan itu..

seterusnya,
pada hari result spm keluar, dari jauh aku nampak kelibat dia, aku tersenyum padanya, tetapi dia langsung tidak membalas dan memandangku, di matanya aku nampak dia happy sangat sebab dia dapat straight A1..semua member-member ku dia datang dan peluk melepaskan rindu tak berjumpa setelah lamanya cuti sementara menunggu result spm keluar dan menyatakan kesyukuran juga berkongsi kegembiraan atas kejayaannya..

 aku menunggu dia datang padaku..aku pandang dia...tapi hampa, seperti tadi, dia larikan pandangan dariku dan pergi jauh dari kedudukan tempatku...

pada saat itu, hanya Allah yang tahu betapa hancurnya hatiku, luluhnya hatiku..tersedu-sedan aku menangis memeluk sahabatku yang lain...bukan aku tangisi result spm aku, aku bersyukur dengan result aku walaupown ada dua subjek yang aku tak dapat A... tapi aku tangisi persahabatan kami...persahabatan yang aku anggap suci tapi dah tercalar dan mungkin juga retak berderai dan menunggu jatuh menyembah ke bumi...


selepas itu,
semasa aku berada di matrikulasi, aku pernah menghubungi dia, dan dia mengangkat telefon, aku positif, mungkin dia tak tahu no baru aku...atau memang dia nak cakap dengan aku..dengan bercakap biasa dengan aku, berlagak seperti biasa, kitorang bersembang sperti tiada apa-apa yang berlaku antara kami berdua...sampai la kredit aku habis dan panggilan terputus....aku sangkakan dia sudah memaafkanku..positif-positif

tapi, apa yang aku jangka tak semuanya betul, aku add dia di facebook, tapi sampai sekarang dia tak pernah approve aku..walhal semua kawan-kawan kami berdua dia fren, sekali lagi aku terasa, apa salahku...aku di block dari melihat wall dia, and aku x boleh hantar msj ke wall dia hatta sekalipown...sampai begitu sekali...

kekadang di malam hari aku tertidur dan mimpikan dia, mimpikan persahabatan kami dulu,kenapa mesti semua ini terjadi, kenpa mesti sekeras itu hatimu teman....besar sangat ke salahku pada dirimu...apa yang aku patut buat lagi untuk kembali semula menjadi sahabatmu....




dan pagi ini,


ada suatu kisah yang mungkin atau mungkin tidak, akan menjurus ke arah kes yang sama yang terjadi padaku dahulu....

si dia ini, agak rapat dengan ku, tapi kebelakangan ini, kami kurang berinteraksi sebab masing-masing kelas lain and busy dengan hal masing-masing...
di sebabkan ATTENDANT SHEET perkara ini berlaku, aku x berniat untuk tak berikan padanya..
dan kenapa mesti kau cakap-cakap di belakangku, mengungkit kau tolong tandakan tempat aku, and mungkin kau ingat aku tak menghargainya...

SALAH..
dalam soal ini kau salah...

ya mungkin salahku tak serahkan dekat kamu tapi aku tahu, attendant sheet tu akan sampai jugak, lagipun masih awal time 2...aku berpusing pada kau, apabila aku dengar kau cakap belakang aku, and aku terus cakap, maaf kalau aku salah, and terima kasih tolong tanda tempat aku...aku pandang semula ke hadapan dan airmata ku berderai namun cuba ku tahan agar tak nampak di penglihatan sesiapa pown, namun ada sahabat kita yang sempat menangkap airmataku...mereka suruh aku memahami diri kamu, sebab katanya kamu period jadi mood kamu tak berapa betul.......mood aku?
tapi aku pendam je...

sebelum masuk kelas third languange jepun, aku berlari ke toilet, dan menangis dalam tu..aku takut, aku takut andai perkara yang bertahun lamanya dulunya berlaku kembali..aku dah tak sanggup menghadapinya, dah x sanggup....aku  sayangkan sahabat-sahabatku, walau aku tak menyatakan pada kamu semua tapi jauh di lubuk hatiku, aku amat sayangkan sahabat-sahabatku.......



-till then, assalamualaikum-

Saturday 13 October 2012

pagi yang indah

assalamulaikum

hari ini aku bangun awal sangat-sangat
cehhhh, ayat macam tak pernah bangun awal langsung pulak kan..haha
xde laa, hari minggu selalu nya liat sikit aku ni nak bangun
almaklumla, tidur lambat....

tapi...

semalam aku tidur awal
daripada aku merapu bukak internet bagai, baik aku tidur..
betul tak, instead pakwe aku dah off handset, and say goodbye to me coz sakit kepala
so apa tunggu lagi, aku pown tidur la
but then, asyik terjaga je,
tidur bangun tidur bangun,
last sekali aku mengalah,
aku gagahkan kaki bangun dan pergi amik wuduk dekat toilet...

so,
solat la subuh, mandi basuh baju semua,
terus menghadap buku-buku and assignment yang bertimbun bak gunung ni..


lepas 2, PIJA datang bilik bagi MIMS and PHARMACO THERAPY HANDBOOK yang aku baru beli 2,
thanxs pija tolong belikan...
thanxs sangat-sangat
buku-buku ni aku kena guna untuk tahu mengenai DRUG yang diperlukan untuk treat patient
besides to COUNSEL patient



sebelum ni aku pinjam yang kak ZIRAH punya...
x sedap lah kan guna yang orang kerap-kerap
diorg pown nak kena jugak..kan kan?

 BNF yang aku pinjam kak zirah 2 x dapat  nak beli lagi sebab stock abis
maybe next week baru ada stock baru...

after this nak beli SARAWAK HANDBOOK, DRUG INFO and BRITISH NATIONAL FORMULARY pulak
total semua RM500......

-till then, k bye-

Tuesday 9 October 2012

kisah awan dan hujan

assalamualaikum..

di sini, ada cerita yg ingin aku kongsikan, kerana cerita ini membuatkan hatiku membuak-buak untuk berubah bagi sekelian kalinya..dah lama terdetik di hati ini untuk berubah tapi aku x punya kekuatan...

jom hayati cerita ni kawan-kawan KISAH AWAN DAN HUJAN






Cintanya Awan Pada Hujan

"Hujan, tolong jangan pergi...." Kata Awan

"Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.".... Kata Hujan

"Tapi aku masih mampu..." Kata Awan

Hujan tersenyum sambil berkata:

"Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan..?"

Awan terdiam....

"Aku harus patuh pada perintah Tuhan, dan kau harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong, menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku." Kata Hujan

Didada Awan masih sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...

"Wahai Awan.. sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?" Kata Hujan pada Awan..... Hujan sebak menahan perasaan...

"Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu. Hanya demi Tuhanku aku redha... Terima Kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku." Kata Awan

Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiii... Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanafaat untuk mereka yang lain.... Allahuakbar!!!!!!!" Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...

Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali, lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.

Hujan pun turun bersama air mata. Sakit, saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya... Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan.... Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan?
Subhananllah...

-aku terpegun tatkala menyudahkan kisah ini, seribu satu makna terkandung di dalamnya..ia nya satu rahsia agung yang hanya di ketahui oleh Pencipta Yang Maha Kuasa-
-aku ingin berubah tapi aku takut untuk kehilangan-



Monday 8 October 2012

hectic day

assalamualaikum

dah lama rasa nya aku x berleter dekat sini...semakin hari aku semaki bz..
sekarang dah berada di tahun tiga ijazah sarjana muda farmasi,
masih ada dua tahun lagi perjalanan aku untuk meghabiskan degree aku..

sekarang musim demam konvokesyen, ramai yang konvo, x lepas jua kawan-kawan ku yang menghabiskan diploma mereka..malah, sepupu aku yang berada di uum, dah dapat scroll untuk master d\yang dia buat..maybe akan proceed dekat PHD pulak after this..

sem ni aku dah kena start buat research..

research yang aku conduct adalah mengenai hair loss yang effect dekat dermal papilla cell by using extract leaf of Hibiscus rosa sinensis plant..so, sem ni kena hantar research proposal je dulu, next sem baru go on dengan thesis..
tapi my supervisor which is dr. hasser dah start nk on lab on wednesday ni untuk kitorang buat extraction..dalam team aku yang under supervision dr. hasseri ada 2 org lagi which is sollehuddin and fizah, tapi diorg buat experiment lain sikit dari aku..
diorg fokus on cancer iaitu breast cancer, lung cancer and liver cancer..tapi kami semua guna extract yg sama, daun bunga raya..

so we will see the result of our research next sem...hopefully semuanya go well

sekarang pown dah kelam kelibut hidup aku..dengan klas full, hari-hari kelas sampai ke petang..
tapiiiii

yang best nya, 24 hari bulan ni aku dah start cuti modsem..oyeay!!!seminggu lebih okeyh..tapi yang sedih nya kena replace klas untuk hari rabu, khamis and jumaat 2...how come..pfkos akan ada klas malam..

till then, bye
*nak pergi buat assingment jepun*