Tuesday 9 October 2012

kisah awan dan hujan

assalamualaikum..

di sini, ada cerita yg ingin aku kongsikan, kerana cerita ini membuatkan hatiku membuak-buak untuk berubah bagi sekelian kalinya..dah lama terdetik di hati ini untuk berubah tapi aku x punya kekuatan...

jom hayati cerita ni kawan-kawan KISAH AWAN DAN HUJAN






Cintanya Awan Pada Hujan

"Hujan, tolong jangan pergi...." Kata Awan

"Awan..., ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban di dadamu hanya kerana tidak ingin aku pergi.".... Kata Hujan

"Tapi aku masih mampu..." Kata Awan

Hujan tersenyum sambil berkata:

"Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan..?"

Awan terdiam....

"Aku harus patuh pada perintah Tuhan, dan kau harus akur pada takdirNya. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi hamparan ciptaanNya yang Maha Agong, menyejukkan tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku." Kata Hujan

Didada Awan masih sedih, kesedihan itu membuatkan jiwa Awan terlalu mendung...

"Wahai Awan.. sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih?" Kata Hujan pada Awan..... Hujan sebak menahan perasaan...

"Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku dan Tuhanmu. Hanya demi Tuhanku aku redha... Terima Kasih Hujan. Mendengar kata-katamu, aku lebih mengenal siapa diriku." Kata Awan

Allahuuuuuu Rabbiiiiiiiiiiii... Selamat tinggal wahai Awan. Doakan aku bermanafaat untuk mereka yang lain.... Allahuakbar!!!!!!!" Jerit Hujan bersama guruh berdentum kuat...

Airmata Awan jatuh tanpa henti-henti kerana tersedar kembali, lalu insaf kerana selama ini cintanya pada Hujan melebihi cinta pada Ilahi.

Hujan pun turun bersama air mata. Sakit, saat melepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya... Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan.... Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan?
Subhananllah...

-aku terpegun tatkala menyudahkan kisah ini, seribu satu makna terkandung di dalamnya..ia nya satu rahsia agung yang hanya di ketahui oleh Pencipta Yang Maha Kuasa-
-aku ingin berubah tapi aku takut untuk kehilangan-



No comments:

Post a Comment